Wednesday, November 18, 2009

quick update

dah nak sebulan dah berpantang sjk baby lahir.. cpt je pulak rasanya.. me amek confinement lady utk 3 hari lepas bsalin je. baby mrym so far nyusu lebih kurang 2-3 jam skali. lelain masa dia tido atau "main"/terkebil2/sengih sorang2. dia mmg smiley bb.. hrp2 smp besar la ye.. skrg cuma nak ctrl nwfl je. jealous menjadi2.. lagi2 dua tiga hari ni me x sht, demam.. seksa.. hmm byk nk citer lg.. tp x best taip dari hp. lenkali la.. doakan me cpt sht k..

Saturday, October 31, 2009

sekadar berkongsi pengalaman...

hubby : kalau nak cepat bersalin pe kata u main zuma? (sebab masa 1st pregnancy, dpt mc seminggu lebih.. rumah bersih giler, lepas kemas rumah, me main games manjang..)

--------------

disebabkan ketensenan berada di opis.. me amik cuti utk isnin & selasa - 19 & 20 hb. sebab camne pun by 21st, kalo tak beranak kene pi hosp jugak. hubby pun pening tgk me, asik merengek je xmo gi keje.
ari jumaat tu, pagi2 baca surah al-kursi, selawat byk2 agar takde sapa nak sakitkan ati me. (sebagai pendinding la katakan). yes.. doaku dimakbulkan Allah, mmg takde sapa “usik” me the whole day. sgt happy. kerja me nak siapkan pun senang je settle. alhamdulillah sgt2. tak payah susah2 carik, apa yg kita nak tu, dtg kat kita.

sabtu- tiada tanda nak beranak

ahad –masih relax lagik

isnin – hubby gi penang sebab nak handle training. dia kata dia balik hari. cian dia..terpaksa jugak merelakan dia pergi. pagi tu, me gi checkup kat klinik gomen putrajaya. dr kata air ketuban cukup. takde masalah. kalau takde rasa nak bersalin / turun tanda lg esok lusa, mmg induce je caranya.. me dah mula risau.. dah ari isnin dah ni.. ptg tu cuma rasa penat sgt. siap amik gl baru, sebab yg aritu dah expired - konon amik sebulan awal. lepas maghrib, me rasa semula sakit sikit2 tu.. dkt perut. so baring je la.. msg2 je ngan hubby. hubby ckp kalau takde pape kerja lagi lepas maghrib dia balik. sakit jadi makin kuat, mmg tak larat nak bgn. me pun dah lupa la contraction tu camne kan. sebab ada juga false alarm sebelum ni. malas nak amik port. me rehat je.

dalam pukul 11 lebih, tiba rasa lain mcm. sebab peknen kali ni takde masalah discharge. tiba2 rasa basah2 je, tak selesa, me tgk dah turun darah plak. adeh.. tanda darah again?? cepat2 text hafiz, he was on his way. aii ntah dia pecut camne ntah. masa tu cam nyesal plak bgtau dia awal sgt.
my mom tlg me pack brg2. kemas hospital bag.
time tu me takleh nak decide nak gi hospital mana. putrajaya or serdang. sebab masa 1st baby gi serdang, my mom ckp gi je la serdang wlaupun me dah booked kat putrajaya..
tgu hafiz sampai, dalam pukul 4 pagi, baru gi ..

masa dr checked dah 4 cm. terusla admit. pukul 8 lebih, baru me masuk labor room. masa tu masih 4 cm.. ala, lama lagik ke ni. dah tak tahan dah ni. sakit come n go. seperti biasa, me takde la sekuat mana, pekena gas je. lagi2 pastu dr suruh on augmentation (ceh dah pandai dah..). geram betul dgn dr tu. suka2 dia je. tak sampai ½ jam, sakit makin kerap n makin kuat. lagila “sedap” me menyedut entonox itu. sampai hubby pun penat nak suruh me control.. masa tu, mmg teringat anak bujang tu je. betambah2 syg dkt dia.. rindu sume ada. jap2 me rasa mcm di awang-awangan… confused - me beranak no 1 ke no 2 ni? pastu rasa mcm panggil2 hubby, tp hubby tak dgr.. dah mati ke aku ni? pastu terpikir plak, masa anak pertama mcm cepat je dah bersalin time2 skt giler2 gini. rasa mcm dr dtg, ckp baby nak kuar. rupa2nya belum lagi. me takde masa nak tgk jam ke hape. (hubby citer balik – time ni, dr tanya me soalan, sume tak berjawab) me ngerang je.
mmg takde dengar apa. rasa sakit manjang. mungkin 40 mins before nak bersalin tu me, rasa mcm nak terbuka2 kat bawah tu. nak meneran, dgn sendirinya. takleh nak ctrl. sakit wooo.. pelik sungguh rasanya.

last2, sume mcm kelam kabut dlm bilik tu. ramainya, dgn bidan, dgn few nurses n 2 female drs. siap time tu derang ada audit lagik. haha.. kdg2 ada dr laki masuk. me dgr bidan tu ckp. “ni pegang (suruh me rasa paler baby dah kuar) baby awak nak kuar ni. cuba teran. bukan teran mcm tu.. “ me dah confused apa nak buat. masa 1st baby dulu takde aa kecoh mcm ni. sebab me ngan sorang dr je. (pastu hubby citer balik, tak sampai baper seconds pun, baby dah kuar) pastu dgr dr suruh selawat, then dia tunjuk baby dkt me. then suruh hubby azankan.. (iqamat)
kali ni mmg best, sebab dr letak baby kat atas dada me. wahhh.. sonoknye.. pastu time kuarkan uri, lama gak tgu, jait kejap je sebab dr ckp dia tak wat episiotomy. cuma skt sebab nak kuarkan darah2 beku tu. mak ai, sukati je..

pukul 1 lebih mcm tu baru naik wad. tak sbr nak jumpa hubby, cian dia mesti dia penat- tak rehat lagi, tak mkn lagi.. nak jumpa my son jugak.rindu giler kat dia. lepas beranak tu, baru tau, me masuk labor room yg sama masa lahirkan 1st baby dulu. alhamdulillah, berakhir jugak sakit bersalin itu. rasa mcm takmo bersalin lagik je. tp nih after seminggu, aisey rasa x kisah plak nak ada baby lagi. sakit bersalin? hmm rasa mcm ia adalah sesuatu yg sgt thrilling utk dihadapi :p

------------

dr : eh u yg bersalin pg tadi eh? lain la muka u. dalam labor room tadi lain (tau ler muka ku tak senonoh masa kat labour room tu..)

------------

kasut crocs me ilang, tertinggal kat labor room tp tak dijumpai. nurse pulangkan sweater dgn socks je. tapi takpelah, ada alasan beli kasut baru.. sob sob..

Thursday, October 29, 2009

presenting the newest addition to our family..



we are proud to announce
the newest addition to our family


~maryam~

was born on Tuesday, 20 October 2009

weighing 3.3kg

and measuring 50cm long


ps : shall update e details at a later date. pardon me for e delays :*

love, hafiz, maria & nawfal